Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, March 31, 2009

Jelapang Padi

Jelapang padi atau kepuk padi merupakan tempat penyimpan padi suatu waktu dahulu. Apabila hendak digunakan, padi ini akan diambil dari dalam jelapang dan akan ditumbuk bagi menghasilkan beras.

Selepas padi di'perun', iaitu proses mengasingkan padi yang hampa atau tidak berisi dengan padi yang elok. Proses memerun biasanya dibuat secara besar-besaran dengan menggunakan kipas yang akan dipusing menggunakan kaki. Selepas itu, padi akan disimpan di jelapang.

Begitulah proses seterusnya sehingga musim penanaman berulang semula. Fungsinya sama penting dengan rumah kediaman suatu waktu dahulu. Padi akan diisi melalui pintu yang terdapat ditengah jelapang.

Kebanyakkan jelapang tidak digunakankan lagi pada masa kini. Ini kerana padi yang dituai akan diangkut terus ke kilang dengan lori yang sedia menunggu dan terus dijual. Fenomena ini paling ketara lebih kurang 15 tahun yang lalu sehinggalah kini, yang menyebabkan jelapang hilang fungsinya.

No comments:

Post a Comment